Wednesday, January 5, 2011

Silat Shout Out - Kejohanan Pencak Silat Taming Sari 3 UKM 2011

The Poster defines all


Din KUIS, Yazid UM, aku dan sahabat yang kurang dikenali. Haha!




Penyertaan Taming Sari III

Kategori IPT
1.      UiTM Shah Alam
2.      UiTM Johor
3.      UiTM Pahang
4.      UiTM Perlis
5.      PUO
6.      PSA
7.      PKB
8.      UTP
9.      UM
10.  UPSI
11.  UMS
12.  USIM
13.  UPNM
14.  UIA
15.  UNISEL
16.  KPTM Bangi
17.  KUIS
18.  BAITUMAL
19.  MASKOM
20.  UKM A
21.  UKM B
22.  UKM C
23.  Persekutuan Silat Singapura (PERSISI)
24.  UPM*

Kategori Jemputan
1.      ATM
2.      TLDM
3.      Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
4.      Persatuan Silat Seni Gayung Fattani Malaysia (PSSGFM)
5.      MSN Labuan
6.      Thailand
7.      Persekutuan Pencak Silat Pakistan (PAKSIF)
8.      Universiti Al-Azhar Indonesia
9.      Persekutuan Silat Singapura (PERSISI)
10.  UM
11.  UPNM
12.  MSN Negeri Sembilan
13.  Team Pelapis Johor*
14.  MSN Johor*


Nama – nama di atas adalah senarai pasukan – pasukan ulung yang akan bertanding dalam Kejohanan Pencak Silat Taming Sari 3 Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Di sinilah di mana laksamana – laksamana dan srikandi – srikandi pesilat akan menunjukkan kemahiran masing – masing dalam ilmu persilatan. Apsal dah peluh – peluh tu? Takkan tengok list je dah goyang? Heheh!

Sebagai acara silat pembuka tirai tahun ini, sesungguhnya kejohanan ini memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju persilatan negara. Di sinilah bakat – bakat baru dapat dikenalpasti. Di sinilah bintang terus bersinar. Di sinilah lagenda dicipta. Seterusnya generasi inilah yang diharap dapat memartabatkan silat di mata dunia.

Dengan format pasukan silat jemputan seperti Thailand dan Indonesia, kejohanan ini meneruskan kecemerlangan kejohanan – kejohanan silat Universiti berformat sama seperti Universiti Multimedia Malaysia ( MMU 2008 ) dan Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI 2010 ) sebelum ini. Ini dilakukan atas objektif yang suci iaitu memberi pendedahan secukupnya kepada pesilat – pesilat di samping merapatkan ukhwah sesama pesilat tidak kira benua, tidak kira asal – usul dan tidak mengira perguruan.

Dengan demikian, diharap pesilat – pesilat dapat memberi fokus yang maksimum dan seterusnya berusaha sehabis baik dalam kejohanan ni. Kalah menang tidak akan menjadi soal. Yang penting diterminasi kalian.

So? Gendang silat telah berkumandang. Kukuhkan tapak di dalam gelanggang, Bismillah dan mulakan langkah… Zatt!

Berjuanglah ~ Pahlawanku ~
Satukanlah tekad semangatmu ~
Kami rela ~ Korban Nyawa ~
Demi daulat negara tercinta ~

-          E . i . J . i –

Been through hell and back with a smile

·         Thanx dan kredit to Niza UKM, Sya UKM dan kru – kru kejohanan for info and else. Pastikan anda semua tersenyum di hari kejohanan.

p/s : ULTRAS comrade? Care to give and share some shouts and chants?

Tuesday, October 5, 2010

Apa Ada Dengan Warna Bengkung?

                                Rakan - rakan Silat Seni Gayong Pahang

Apa itu bengkung? Dalam mempelajari ilmu persilatan, secara umumnya bengkung adalah penentu aras ilmu. Bila ilmu silat kita hebat, maka lebih hebatlah dan pekatlah warna bengkung kita. Tapi adakah ia masih relevan dengan peredaran masa sekarang?

Bila aku berkongsi ilmu dengan mana – mana ahli silat, diorang selalu bertanyakan yang aku ni bengkung warna apa. Selalunya aku akan menjawab dengan nada skeptikal yang bengkung aku hanya berwarna putih ataupun aku dah lupa. Mungkin kalau sekali dua tak apa tapi kalau dah selalu sangat bertanya ianya mungkin agak menjengkelkan.

Secara peribadi, aku tak pernah rasa warna bengkung menjadi persoalan untuk berkongsi ilmu. Ilmu silat bukan hanya kita peroleh dari dalam gelanggang tapi ianya datang dalam kehidupan kita sehari – hari. Pengalaman menguji ilmu sangat – sangat penting. Mungkin dengan cara masuk tournament. Takpun bergaduh kat tepi CM. Tapi yang utama, pengalaman menguji ilmu silat datang dalam pelbagai cara.

Konklusinya, pada aku warna bengkung lebih dari sekadar grading. Ianya lebih dari penghargaan guru. Ianya lebih dari kesempurnaan gerak. Ianya lebih dari penghayatan ilmu. Ianya lebih dari kesungguhan diri. Ianya bukan sekadar warna...

Hati - hati berjalan. Pandang kiri kanan. Jangan sampai kejutkan naga

- A . r . I . f -

Saturday, August 21, 2010

Siapa aku? Siapa kau? Siapa Kita?

Allah menjadikan segalanya dengan cukup sempurna...
Cuma bukan segalanya untuk dinilai dengan mata...
Biarkan hati menjadi saksi untuk berbicara...
Bukakan minda, biar ia jauh meneroka...

Allah ciptakan dirimu untuk apa?

Sekadar menurut kata?
Beribadat setiap masa?
Tunggu ajal menjelma?

Itu saja?

Sejauh mana limitasi minda?
Sehebat mana fizikal diguna?

Terokailah semuanya...
Itu hak kita...

- a . R . i F -

Jalan yang kau pilih tidak selalunya sampai ke destinasi yang kau mahu