Rakan - rakan Silat Seni Gayong Pahang
Apa itu bengkung? Dalam mempelajari ilmu persilatan, secara umumnya bengkung adalah penentu aras ilmu. Bila ilmu silat kita hebat, maka lebih hebatlah dan pekatlah warna bengkung kita. Tapi adakah ia masih relevan dengan peredaran masa sekarang?
Bila aku berkongsi ilmu dengan mana – mana ahli silat, diorang selalu bertanyakan yang aku ni bengkung warna apa. Selalunya aku akan menjawab dengan nada skeptikal yang bengkung aku hanya berwarna putih ataupun aku dah lupa. Mungkin kalau sekali dua tak apa tapi kalau dah selalu sangat bertanya ianya mungkin agak menjengkelkan.
Secara peribadi, aku tak pernah rasa warna bengkung menjadi persoalan untuk berkongsi ilmu. Ilmu silat bukan hanya kita peroleh dari dalam gelanggang tapi ianya datang dalam kehidupan kita sehari – hari. Pengalaman menguji ilmu sangat – sangat penting. Mungkin dengan cara masuk tournament. Takpun bergaduh kat tepi CM. Tapi yang utama, pengalaman menguji ilmu silat datang dalam pelbagai cara.
Konklusinya, pada aku warna bengkung lebih dari sekadar grading. Ianya lebih dari penghargaan guru. Ianya lebih dari kesempurnaan gerak. Ianya lebih dari penghayatan ilmu. Ianya lebih dari kesungguhan diri. Ianya bukan sekadar warna...
Hati - hati berjalan. Pandang kiri kanan. Jangan sampai kejutkan naga
- A . r . I . f -